MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

JANGAN HARAP MAHATHIR DAN ‘TEAM WAWASAN’ AKAN MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU!

Bahagian 2

Mahathir Cuba Main “Gelecek” 

Senario kekecundangan UMNO setakat ini, dan tanggapan bahawa akan lebih “teruk” menjelang 2004, telah membuatkan Mahathir dan “inner circle think tank” UMNO/BN cuba melakukan eksperimen terbaru. Teori “If you can’t beat them join them” nampak dicubakan dalam Perhimpunan Mei 2000 lalu. 

Penasihat Mahathir memutuskan supaya Mahathir dilihat mengalami semacam ‘kecundang’ dalam UMNO. Dengan meletakkan Mahathir dalam situasi kurang aktif dan “berkuasa” dalam pentadbiran; dari segi psikologinya akan memberi ‘satu tahap kepuasan’ kepada pemimpin Pertengahan UMNO, penyokong UMNO, orang Melayu dan semua kaum. Jika itu boleh meredakan ketegangan dan tentangan terhadap UMNO (khususnya) dan BN (amnya), ia adalah pilihan terbaik dari mewujudkan ‘head-on collision’ seperti yang lepas-lepas. 

Maka dirancanglah supaya diperlihatkan kepada semua yang cenderung dalam isu “Anwar”  bahawa UMNO selepas Mei 2000 ini adalah diterajui “bukan oleh Mahathir per se” TETAPI oleh satu kelompok ‘pelapis’ yang pernah satu masa dulu paling hampir kepada Anwar. Diperlihatkan juga seolah-olah Abdullah Bedawi kununnya melakukan perancangan itu di belakang Mahathir dengan tujuan untuk mengembalikan UMNO ke persada orang Melayu. 

Mengalih “Kebencian” 

Satu “manouvre” dikatakan berlaku yang menggambarkan kembalinya ‘Team Wawasan’ dengan sokongan Kumpulan G15 ke MKT. “Team Wawasan” direncanakan dengan teliti secara pakatan rahsia. Dibesar-besarkanlah dengan penuh ‘glamour’ seolah mereka adalah “team” pro-Anwar. Akan digembar-gemburkan bahawa merekalah yang menguasai MKT. Dengan itu, diharapkan mereka (yang dikatakan team pro-Anwar itu kununnya) akan memberi pukulan kepada Dr. Mahathir. 

Lebih jauh lagi dikatakan Abdullah Bedawi sendiri adalah perancang team itu sebagai agenda beliau mencegah Mahathir supaya tidak terlalu keterlaluan. Kununnya, Dolah diberi keyakinan oleh Mahathir untuk mengambilalih kepemimpinan parti dan negara dari Dr. Mahathir. Mahathir pula dirancang akan menonjolkan imej baik dengan merancang akan melepaskan sebahagian urusan dan tanggungjawab eksekutif Perdana Menteri kepada Timbalannya. Beliau akan menumpukan lebih banyak masa dan tenaga untuk memantapkan parti dengan bertemu, berbincang, bersoal jawab dan bertukar-tukar fikiran dengan rakyat. 

Hematnya, imej Diktator Regim “UMNO/BN & Mahathir”, sifat “kuku-besi” dan kerakusan Mahathir akan bertukar. Diharap ia akan lupus menjelang p/raya ke-11. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku, itu adalah satu lagi sandiwara “TAMIL” dengan pelakun terkenal “Rukh Khan”. Mahathir tetap “one man at helm”. 

Spekulasi Paling BANGANG!! 

Pembangkang dengan segala kebijaksanaan mereka, teori “Pasar Malam” itu siang-siang dianggap oleh Pembangkang, orang Melayu, rakyat banyak (termasuk majoriti pemimpin dan penyokong UMNO) sebagai Teori “KACANG KUDA dan MARUKU”. Ia adalah agenda ‘rapuh’ dan terlalu ‘lemak’ pada rasa tetapi sebenarnya ia semata-mata digubal untuk  “mengabui mata”, “berpura-pura” dan “melalaikan” Pembangkang dan rakyat. 

Pertukaran maklumat dan perbincangan sesama mereka (antara beberapa “mole” Barisan Alternatif  dalam UMNO dengan pemimpin Pembangkang Melayu) telah membahaskan beberapa isu dan soalan yang tidak berjawab. Sekaligus kesimpulannya memberi kepastian bahawa rancangan mengangkat dan mewujudkan kembali “team wawasan” itu HANYAlah untuk mengabui mata, meredakan ketegangan, dan sebagai ikhtiar TERAKHIR Mahathir menarik sokongan orang Melayu terhadap UMNO (yang merosot ke tahap 32%). Perhatian analisis ditumpukan kepada fakta-fakta berikut: 

1) Jika benar Abdullah Badawi merancang sesuatu di belakang Mahathir untuk mewujudkan ‘team wawasan pro Anwar’; tidak pernah pun berlaku satu insiden dimana sebarang perkara yang akan menggugat Mahathir terlepas dari pengetahuan Mahathir sendiri. Makin tidak meyakinkan lagi jika Abdullah sendiri mengendalikan satu ‘team’ yang begitu besar tanpa ‘spy dan kempitai’ Mahathir menghidu rencana beliau. Dengan itu, nampak bahawa Abdullah merancang ‘team wawasan pro Anwar’ itu dengan restu Mahathir. Nampak sangat ia diwujudkan untuk sesuatu motif  ‘menyelamatkan’ tuannya (Mahathir); 

2) Selama ini Abdullah lebih terkenal dengan jolokan “kakak tua” sebagai orang paling taat kepada Mahathir. Abdullah adalah orang paling nekad mengorbankan kewibawaannya dengan mengarahkan polis dan FRU membelasah dan menangkap golongan penyokong Anwar yang berdemo di Dataran Merdeka. Abdullah dengan perancangan polis dan FRU telah memberi imej ‘menakut-nakutkan rakyat’ terhadap “The BLACK14” Pembangkang. Mahathir dan Abdullah adalah regu secara spontan menuduh bahawa Pembangkang cuba menimbulkan huru-hara rusuhan bersenjata di Kuala Lumpur. Walaupun itu satu bohongan “bontang”, tetap demi taat-setia Abdullah, adalah jelas bahawa beliau sanggup melakukan apa saja tugas dan fungsi sebagai “barua” kepada  Mahathir. Apakah Dollah sanggup mengkhianati Mahathir (dengan mewujudkan “team wawasannya” di belakang Mahathir) walhal kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden tanpa bertanding dan TPM adalah ‘sedekah jariah’ Mahathir? Masakan itu balasan Dollah terhadap orang yang telah berbudi kepada beliau. 

3) Selama ini, sebarang pergolakan UMNO di peringkat Bahagian di seluruh Malaysia adalah di bawah ‘hidung’ MB yang ‘loyalty’ mereka adalah 100% tidak berbelah bagi kepada Mahathir. Contohnya: Ali Rustam disuruh ‘makan taik’ pun sanggup, dan Mat Isa Samad di suruh ‘pelihara babi’ pun dia mahu, sekiranya Mahathir arahkan Adnan Yakob membuka “ZIP” seluar di perhimpunan pun rela. Masakan kerja mengintip dan melaporkan kebusukan seorang kawan seperti  Dollah kepada Mahathir akan ditolak. Kerja-kerja kotor yang membudaya dalam UMNO adalah biasa dan lazim, kerana perbuatan itu amat disukai oleh Mahathir. Ganjarannya dari Mahathir ialah “You are in my good book”..!! Oleh itu adalah tidak masuk akal isu mengangkat “team wawasan” berlaku di luar pengetahuan Mahathir. Apakah Dr. Mahathir tidak mampu  mengintip pergerakan mereka yang akan menumbangkannya? Haha… Mahathir is NOT the man who easily forget and forgive!! 

Atas segala-galanya, Naib Presiden dalam “team wawasan” itu (dan beberapa orang dalam G15) adalah kumpulan mereka yang sudah lama melekat “taik kering kontang” bertempek-tempek di punggung masing-masing. Satu dunia tahu, Fail BPR terhadap mereka cukup tebal dengan pelbagai kes Rasuah dan Penyelewengan dalam simpanan Mahathir. Satu kes BPR diangkat dengan pengadilan “Maha-KAMAH Belantara” Mahathir, pasti mereka yang difitnahkan Mahathir akan terhumban ke dalam penjara Kajang atau Sg. Buloh untuk satu tempoh yang sangat lama. 

Adalah sangat mustahil mereka akan membantah dan cuba merancang sesuatu yang ‘bertentangan’ dengan kemahuan Mahathir’. Harga dan nilai diri mereka sebagai anggota MKT adalah “Zero”. Mereka akan terus membalik-balik fail saja. Apabila disergah oleh Mahathir, sekaligus ‘phobia’ Sg Buloh menyelinap ke tulang sum sum mereka. Sindrom “kakatua” akan berterusan!! 

Apa Fungsi “Team Wawasan”? 

Rata-rata pemimpin Pertengahan UMNO dan semua Pembangkang yakin, sebenarnya kemenangan “Team Wawasan” dan G15 itu telah lama dirancang dengan pengetahuan Mahathir sendiri. Abdullah Badawi adalah alat dan perkakas. Tujuan Mahathir adalah jelas iaitu Rancangan mengangkat “Team Wawasan” dan G15 itu semata-mata bertujuan: 

1) mengabui mata pemimpin UMNO supaya tidak membesar-besarkan isu Anwar. Fungsi “team” itu ialah untuk mereda dan mententeramkan kekecohan pemimpin pro Anwar dalam UMNO. Dengan itu kemarahan pemimpin pro Anwar terhadap Mahathir per se akan reda dan rasa puas hati dengan kewujudan “Team Wawasan” dan G15 di MKT. Diharap mereka akan pembawa perubahan sikap dan perasaan para penyokong UMNO di beberapa buah negeri yang kritikal. Contohnya: 

a) Najib Razak: Pahang berpotensi akan jatuh ke tangan BA/PAS. Dengan gelagat Adnan Yakob yang lucah dan brutal, tidak ada orang lain yang lebih baik mempengaruhi orang Melayu di Pahang berpatah menyokong UMNO/BN selain dari Najib (yang membawa imej Tun Razak). 

b) Muhyiddin Yassin Selama ini beliau adalah ‘cool’ dan sukar dilihat pendirian. Beliau adalah  sebaik-baik Naib Presiden untuk mengekalkan rekod UMNO/BN di Johor. Dengan Ghani sebagai MB, diharap UMNO/BN tidak akan luruh ke tangan BA (Majoriti BN di Johor merosot  menang tipis dan BA tidak ada yang hilang deposit). 

c) Mohd Taib (Tyson) “Belukang korap” ini walaupun memang busuk tetapi masih mempunyai pengaruh lebih kuat berbanding Abu Hassan Omar yang dicap oleh orang Selangor sebagai “kaki betina @ pelahap Rasuah”. Walaupun ‘trait’ Md. Tyson tidak jauh berbeda dari Hassan Omar, tetapi desas-desus menyebut bahawa Md. Tyson telah berikrar janji kepada Mahathir bahawa beliau akan mengembalikan kecemerlangan UMNO di Selangor berasaskan ketaksuban pengikut beliau yang pernah menerima habuan kekayaan secara rasuah selama beliau jadi MB dulu. Hematnya, itu adalah benar kerana ramai Exco Negeri dan Wakil Rakyat semasa Md. Tyson jadi MB yang jadi jutawan segera. Mereka ini telah menentang Abu Hassan kerana si penjarah “hangkoi” ini terlalu tamak mengaut khazanah rakyat cuma untuk Kroninya saja. 

d) G15 (Gangster 15) Zahid Hamidi yang kununnya dikaitkan dengan Anwar sebenarnya adalah “opportunis” yang sanggup ‘makan kawan’. Mahathir sudah lama tahu. Tetapi demi memberi ketenangan kepada UMNO (supaya Mahathir terselamat) maka “kuda belang” ini wajar diketengahkan. Begitulah anggota G15 yang lain-lain. Hematnya, sekali lagi Mahathir menunjukkan kecekapan bermain “Silap Mata”. Diharap, beliau akan terselamat secara peribadi. 

Sambil itu, diharap imej UMNO akan dapat diperbaiki. Kerja-kerja “umrah” Mahathir sendiri telah berikrar di Perhimpunan bahawa beliau akan melaksanakan kerja-kerja “umrah” ke serata pelusuk tanahair dengan membawa pelbagai “fatwa” mazhab “umno Mahathirisme” bagi membolehkan dirinya memancing imej seorang “nabi umno”. Mahathir telah mengarahkan semua anggota MKT (khususnya yang berimej pro Anwar) supaya melakukan ‘tawaf dan saie’ di serata kampung dan desa, melakukan pelbagai macam ‘sermon dan khutbah’ memujuk orang Melayu, meyakinkan mereka bahawa “team wawasan” itu adalah ‘pro Anwar’. 

Dengan itu kembalilahhhhh….!! Akan terdengar kelak melalui liputan PEMBOHONGAN paling besar dalam sejarah politik Malaysia; secara besar-besaran semua media massa berbohong bahawa ‘team wawasan’ itu adalah dalam proses mengambilalih kepimpinan negara dari Mahathir. Abdullah Badawi sendiri kununnya akan diberi peluang oleh Mahathir menerajui kerajaan. Makin nampak nanti bahawa keputusan Abdullah seolah-olah tidak dirasuk dan dihanturayakan oleh Mahathir. 

Padahal di belakang tabir, diwujudkan satu “operation room”  dengan satu carta besar terbentang luas menggariskan “what is to be done and by whom”. Sementara itu, Mahathir akan bercakap untuk meletakkan jawatan. Kununnya, beliau menanti Abdullah Badawi “ranum”. Tetapi dalam satu nafas yang lain, Mahathir berkata (umpama mengingau) bahawa “jika pengerusi tetap UMNO boleh mengendalikan mesyuarat itu dengan baik dalam usianya 80 tahun, beliau juga masih mampu lagi menjadi Perdana Menteri”..!! (Utusan Malaysia). 

Kesimpulan 

Makin nampak sebagai suatu petanda jelas yang memberi KESIMPULAN MUKTAMAD bahawa: 

1) kewujudan “team wawasan” itu adalah sebahagian proses “TURNING-OVER” yang paling licik pernah dirangka oleh Mahathir untuk mengembalikan imej beliau yang terpuruk dengan ‘stigma’ seorang PENIPU, PENZALIM, PEMFITNAH, PEMECAH UNDANG-UNDANG dan PEMBOHONG PALING BESAR..! Dengan menggunakan UMNO sebagai platform, DAN meminjam imej UMNO dan kepimpinan “team wawasan pro Anwar’ (kununnya) beliau menyangka dapat mengabui mata pemimpin UMNO, orang Melayu dan pengundi dalam P/raya ke-11 dijangka tahun 2004. 

2) Mahathir umpama “anjing yang pernah makan taik” masakan semudah itu melupakan kegemarannya. Paling kurang dihidu. Demikian jugalah Mahathir, sehingga tahun 2004, beliau akan berusaha memindahkan segala kekayaan dan harta beliau dan anak-anaknya keluar negara. 

Sementara itu beliau akan menyusun strategi supaya UMNO dan kepimpinan yang ada sekarang akan memberi beliau, anak-anak  dan Kroni-proksi beliau kontrak dan ganjaran Projek “Mega  (h)-Mewah” dengan komisyen keuntungan ‘atas angin’ berbillion-billion. Soal hutang, itu adalah masalah rakyat selepas beliau!! 

Atas segalanya, segala-gala perancangan Mahathir adalah satu “political manouvre”  untuk  memberi beliau ‘political milage’ dengan motif  melemahkan kekuatan dan asakan rakyat, Parti Pembangkang Melayu (dan semua kaum) yang sedang maju ke hadapan (dengan sokongan rakyat) untuk melontar dan mentalqinkan politik Mahathir dan sebuah regim ZALIM, HINA dan beragenda RAKUS!! 

Tingkatkan Serangan 100 kali Ganda 

Mahathir dengan rencana ‘sepakat’ Abdullah Badawi dengan kerjasama “team wawasan” itu terang-terang bekerjasama rapat demi kepentingan peribadi semata-mata. Perjuangan PEMBANGKANG wajib ditingkatkan 100 kali ganda!! Dedahkan AGENDA licik para “BELUKANG DARAT” ini!! PS: Kupasan ringkas ini adalah dengan input dari beberapa ‘moles’ dalam UMNO “Baru(a)” yang bermaklumat tepat. Mereka membocorkan ‘Agenda SULIT” ini kerana terlalu bosan dengan karenah, rencana dan agenda Mahathir dan sekongkolnya yang terang –terang menipu rakyat dan orang Melayu..!! 

Amin Sapiro 
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)

 counter.bloke.com